20 April 2018

"JANGAN JADI MACAM SAYA" - HAFIZ HAMIDUN AKUI NYARIS GILA


"Sikit lagi nak jadi gila dan pakar psikiatri beritahu saya menghidap tekanan kronik... syukur apabila berjumpa pakar dan banyak meluangkan masa bersama keluarga serta kawan-kawan, saya dapat tenaga kembali.





"Apabila perkara ini berlaku, saya seboleh-bolehnya mahu memberi nasihat ikhlas kepada rakan artis supaya jangan jadi macam saya... usah ulangi kesilapan seperti saya.

"Jika ditimpa masalah, kita kena dapatkan sokongan dan pertolongan," kata penyanyi Hafiz Hamidun yang menjelaskan situasi sebenar yang sukar untuk dilaluinya seorang diri.

Klik untuk gambar besar


Malah dia juga mengakui dirinya cukup kuat untuk mengharungi dugaan tersebut bersendirian namun akhirnya tersedar bahawa perkara sedemikian perlu dikongsikan bersama keluarga mahupun orang yang lebih arif dan alim ulama.

Berpunca daripada perkara tersebut, Hafiz mendapatkan khidmat nasihat pakar psikiatri dan kini dalam masa yang sama tidak pernah menutup pintu hatinya untuk bercinta lagi untuk membina keluarga baru.

Bagaimanapun buat masa sekarang, dia mahu bersendiri terlebih dahulu. Apapun, kami harap Hafiz tabah mengahrungi semua dugaan ini.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: