19 April 2018
KELIRU STESEN TV LARANG BERPURDAH - FYNN TANYA NETIZEN
"Aku tak faham macam mana tidak konsistennya stesen TV dengan aku. Kejap boleh kejap tak boleh. Masa tak boleh tu... dia guna alasan rakyat. Aku jadi blur. Hari tu aku baru nampak orang berniqab di TV. Tak ada masalah pun?
Dari dulu aku dah memang cakap aku tak akan buka (purdah), jadi bila aku pernah masuk TV berniqab, aku fikir dah selesai tapi sekarang kena buka balik pula. Keliru!" demikian kata penyanyi Fynn Jamal, 35, menerusi laman Instagramnya.
Baru-baru ini, Fynn memuatnaik status menyatakan dia keliru dengan sebuah stesen televisyen yang tidak membenarkannya muncul dengan memakai purdah atau niqab sedangkan ada stesen lain yang tidak mempunyai masalah dengan penampilannya itu.
Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin berkata, sebelum ini dia pernah tampil di sebuah program dengan mengenakan imej tersebut tanpa ada sebarang masalah.
Klik untuk gambar besar
Beliau yang mempunyai dua orang anak angkat itu memuatnaik status tersebut selepas ada pihak di stesen televisyen memintanya untuk membuka purdah dengan alasan rakyat Malaysia tidak dapat menerima personaliti berpurdah.
Bagaimanapun, rata-rata pengikutnya turut tidak bersetuju dengan tindakan stesen tersebut.
Dalam pada itu, Fynn terpaksa menyekat beberapa netizen yang meninggalkan komen meminta wanita berniqab hanya perlu membaca Al-Quran di rumah sahaja.
"Terima kasih untuk jawapan-jawapan bancian malam tadi. Statistik menunjukan 99 peratus tidak bersetuju dengan apa yang stesen TV katakan. Jadi bila buat bancian semalam dapat tanya jawapan terus daripada rakyat.
"Tapi ada seorang dua saja aku sekat sebab alasan dia 'dah berniqab pergi duduk rumah baca Al-Quran la'. Beb, kalau tak pakai niqab pun kena baca Al-Quran la," tulisnya.
Selain Fynn, pelakon Natasha Hudson turut mengenakan penampilan berpurdah sejak tahun 2016.
www.myartis.com / Sumber: mStar & Fynn Jamal IG
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment