09 April 2018
PEGANG TANGAN ALIFF SYUKRI - REBECCA TERIMA KECAMAN
Menerusi laman Instagram, Datuk Seri Aliff Syukri telah berkongsi gambar-gambar sekitar majlis kesyukuran serta doa selamat bersempena berpindah ke rumah agamnya yang baru sahaja siap.
Selain itu, usahwan kosmetik itu turut berdoa agar kandungan isterinya, Datin Seri Shahida yang kini sudah berusia 7 bulan diberkati dan dipermudahkan ketika bersalin nanti.
Namun, ada satu gambar dimana pelkaon Datin Rebecca Nur Al Islam yang jelas memeluk tangan Aliff itu telah mengundang rasa kurang senang dikalangan netizen.
Mereka mengecam Rebecca tidak menghormati suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman yang turut berada di sebelah Aliff.
Klik untuk gambar besar
Ramai tidak berpuas hati dan berang melihat gambar tersebut terpapar jelas yang dianggap tidak bersesuaian.
Selain keliru apakah tujuan Rebecca sebenarnya, ada juga beberapa netizen yang meminta beliau untuk lebih memahami konsep agama dan menjaga batas pergaulan memandangkan kini dia sudah mula berhijrah ke arah kebaikan.
Dalam masa sama, ada juga pihak yang bersangka baik dan mengatakan mungkin Rebecca tidak sedar dengan tindakannya itu.
Malah, beberapa pihak meminta Aliff memadam gambar tersebut bagi mengelakkan salah faham ataupun mengundang fitnah serta menjaga hati isterinya.
www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment