09 April 2018

ISU ADIK: "BERI RUANG, BUKAN TERUS MENGHUKUM" - NEELOFA


"Sebenarnya tidak adil kerana mereka bukan secara langsung terlibat dalam industri seni. Mereka bukan selebriti, terutamanya adik perempuan bongsu saya.





"Lagipun, dia hanya berusia 16 tahun, bakal menginjak usia 17 tahun pada tahun ini. Kadang-kala perlu diberi ruang untuknya jadi lebih matang dalam proses menjadi dewasa, seterusnya belajar daripada kesilapan.

"Bukan terus menghukum dan kritiknya secara terus-menerus. Apapun, saya bangga dengan dia kerana dia kuat," kata Noor Neelofa yang memohon jasa baik netizen supaya memberi ruang kepada adiknya-beradiknya, terutama adik bongsu perempuan, Nur Ameera Khan.

Sebelum ini, Ameera terlibat dengan pelbagai kontroversi hangat antaranya memperlekehkan jenama telefon iaitu Samsung, SPM dan banyak lagi.

Klik untuk gambar besar


Kongsi pemenang trofi Top Top Meletop Wanita Anugerah Era 2018 (AME2018) itu, adik-beradiknya bukanlah secara langsung terlibat dalam industri seni dan mereka bukannya selebriti.

Bagaimanapun, pengacara program Meletop di samping Nabil Ahmad ini juga turut rasa bangga terhadap adiknya kerana semangatnya yang begitu kuat.

"Malah, dia lebih kuat daripada saya sebenarnya sebab saya sendiri tak rasa boleh jadi sekuat diaketika di usianya.



"Banyak yang dia ambil dan contohi daripada saya dan harap saya boleh sentiasa menjadi kakak yang boleh memberikan inspirasi kepadanya untuk buat perkara yang lebih baik dan memberi inspirasi di dalam hidup," ujar Neelofa optimis.

Ditanya mengenai sejauh mana dirinya cukup kental di dalam menghadapi kecaman sepanjang bergelar selebriti pula, anak jati Kelantan ini mengakui apa yang penting ialah kenali diri dan ada rasa tanggungjawab di dalam hidup.

"Kalaulah saya ni cepat putus semangat, sudah tentulah saya sudah abaikan tanggungjawab. Namun saya perlu juga fikir daripada banyak sudut," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: