09 April 2018

AME 2018: KHAI BAHAR, NEELOFA 'ARTIS PALING MELETOP'


Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Khai Bahar dan pelakon Noor Neelofa yang telah dinobatkan sebagai pemenang kategori utama Anugerah MeleTOP 2018 (AME2018) pada acara yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam semalam.





Penyanyi lagu 'Bayang' itu membuat kejutan apabila muncul sebagai pemenang kategori 'Top Top MeleTOP' (Lelaki) selain membolot dua lagi buah trofi menerusi kategori 'Penyanyi MeleTOP' dan 'Lagu MeleTOP' (Bayang).

Menerusi kemenangan itu, Khai, 24, membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, 'Top Top MeleTOP' (Wanita) milik pengacara dan pelakon Neelofa selain membawa pulang trofi menerusi dua kategori lain, 'Pelakon TV MeleTOP' dan 'Fesyen MeleTOP'.

Drama lakonannya, 'Red Velvet' bersama penyanyi Alif Satar turut memenangi menerusi kategori 'Drama MeleTOP'.

Seperti Khai, pengacara dan juga usahawan berusia 29 tahun itu membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM20,000 berserta trofi.

Klik untuk gambar besar


Bagi kategori utama, pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 manakala kategori lain RM5,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Sementara itu, AME2018 memberikan 'Anugerah Khas' kepada bekas pembaca berita Dunia Jam 10 di RTM, Datuk Harjit Singh Hullon bagi menghargai bakti beliau dalam bidang penyiaran selama 45 tahun sejak 1971.

Pada 2011, beliau telah menerima pengiktirafan sebagai 'Penyampai Berita Televisyen Paling Lama Berkhidmat' oleh Malaysia Book of Records.

Anugerah itu disampaikan oleh pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi. Manakala, Nabil Ahmad, Neelofa bertindak sebagai pengacara AME2018 bersama hos jemputan iaitu Sabri Yunus, Sherry Alhadad, Jihan Muse dan Zul Ariffin.

Pemilihan pemenang dilakukan berdasarkan seratus peratus undian peminat menerusi laman web khas yang disediakan.




Berikut adalah senarai penuh pemenang AME2018:

Artis Baharu MeleTOP - Farah Nabilah
Si Cilik MeleTOP - Arif Jiwa Asyraf
Couple MeleTOP - Jep Sepahtu & Sari Yanti
Program Radio MeleTOP - Johara Pagi Era
Penyampai Radio MeleTOP - Johan (Era)
Program MeleTOP - Sepahtu Reunion Live 2017
Hos MeleTOP - Nabil MeleTOP
Artis Lawak MeleTOP - Zizan Razak
Drama MeleTOP - Red Velvet
Pelakon MeleTOP - Neelofa
Grup/Duo MeleTOP - Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
Penyanyi MeleTOP - Khai Bahar
Lagu MeleTOP - Bayang (Khai Bahar)
Filem MeleTOP - J Revolusi
Bintang Filem MeleTOP - Nur Fazura (J Revolusi)
Top Top MeleTOP (Lelaki) - Khai Bahar
Top Top MeleTOP (Wanita) - Neelofa



www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: