09 April 2018
BABY 2 BULAN BERCUTI KE BALI - NORA DANISH DITEGUR
Pelakon Nora Danish yang baru sahaja selesa berpantang baru-baru ini telah bercuti ke Bali, Indonesia bersama keluarga serta teman rapatnya.
Gambar-gambar sekitar percutian tersebut telah dikongsikan oleh Nora menerusi laman Instagram miliknya.
Namun begitu, beberapa gambar Nora 'berjemur' bersama bayinya di bawah sinaran matahari tidak begitu disenangi ramai.
Melihat pada gambar yang dikongsikan, Nora membawa Mohamed Neqayl atau nama panggilannya 'Ney Ney' ini bercuti untuk kali pertama.
Tetapi peminat mula mempersoalkan usia bayi itu yang masih kecil (seawal dua bulan) sudah dibawa berjalan.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, ada juga yang mengkritik Nora lebih mementingkan percutian daripada berpantang sebetulnya di rumah hingga mengundang perbalahan di kalangan peminat di ruangan Instagram pelakon itu.
Bukan itu sahaja, gambar bayi Nora tidak berbaju ketika bersantai di tepi pantai juga dikecam netizen.
Ramai berpendapat Nora tidak sepatutnya membiarkan anaknya tidak berbaju di bawah matahari kerana risau kulit bayi yang sensitif.
Apapun, mungkin peminat menyuarakan pendapat kerana prihatin tentang kesihatan bayi Ney Ney. Harapnya Nora boleh menerima setiap nasihat dan cadangan dengan baik ya.
www.myartis.com / Sumber: Oh Bulan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment