07 April 2018

ROTI TELUR 'MOVE ON' - UDE DIKRITIK 'PERLI' BEKAS ISTERI


Semua mengetahui yang pelakon Izreen Azminda dan suaminya pemuzik bebas, Ude Wahid telah kembali mengaktifkan semula akaun Instagram milik masing-masing setelah hampir sebulan menyahaktif.





Meskipun kedua-duanya telah mengaktifkan semula, namun pasangan ini masih mematikan fungsi komen. Melihat pada gambar yang dimuatnaik, saat ini Ude dan Izreen nampaknya sedang menyulam bahagia.

Terbaru, Ude telah memuatnaik gambar sarapan roti telur yang disediakan oleh Izreen untuknya. Bagaimanapun, ada yang menganggap Ude memerli bekas isterinya, Intan Liana Salleh.

Klik untuk gambar besar


Ini kerana kapsyen pada gambar tersebut banyak perkataan 'move on' yang selalu Intan guna setiap kali membuat kenyataan sebelum ini.

Sementara itu, Intan semakin rancak dalam bidang peragaan selepas wanita itu menjadi model koleksi busana raya Annas Easkey, serta dihujani tawaran membuat pelbagai ulasan produk di Instagram.

Malah, dia menjadi tetamu rancangan Meletop ditemubual oleh Neelofa dan Nabil baru-baru ini.












www.myartis.com / Sumber: Ude Wahid IG & Eh Sentap Pulak IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: