02 April 2018

TULIS AYAT ROMANTIS: "KAMI GURAU-GURAU SAHAJA" - JANNA NICK


"Sebenarnya saya dah kenal Sufian sejak dua tahun lalu dan ayat romantik itu hanyalah gurauan, bukan betul-betul pun.





"Memandangkan nama Sufian sedang hangat diperkatakan mengenai isu peribadi (putus tunang), jadi orang mula kaitkan dengan komen saya itu.

"Saya hanya menulis tajuk lagu terbarunya berjudul 'Di Matamu', lagu tu pun sekarang tengah trending.

"Jadi jangan salah faham, kami gurau-gurau sahaja," jelas pelakon dan penyanyi Janna Nick, 23, yang menjelaskan mengenai tindakannya berbalas komen berbaur romantis dengan penyanyi Sufian Suhaimi.

Menurut Janna, dia sudah lama mengenali Sufian dan disebabkan itu dia mempunyai keberanian untuk meninggalkan komen sedemikian di laman tersebut.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini menerusi akaun Instagram milik Sheila Rusly, pelakon dan penerbit itu ada memuatnaik gambar dia bersama Sufian ketika menjadi tetamu jemputan program masakan 'Ketuk-Ketuk Ramadan'.

Dalam posting tersebut, Sheila turut menulis kapsyen mencuit hati mengenai bekas tunang pelakon Elfira Loy itu.

"Bunga bukan sekuntum. Terkejut Sufian Suhaimi bila sis cakap 'cubalah petik bunga ditaman sis' Yang mana satu ek? Cer korang teka siapa yg Yan pilih?

"Tak lama lagi makan nasi minyak lah kita tok sidang!" tulis Sheila pada Rabu lalu di Ignya baru-baru ini.



Sementara itu, Janna mengakui ada peminat yang mahu dia menjalinkan hubungan cinta dengan Sufian, namun ada juga yang berasa hairan apabila timbul gosip tersebut.

Ini kerana kebanyakan peminat sudah mengetahui karakter dirinya yang suka mengusik teman artis dan rakan-rakan rapat.

"Saya akui kerana komen itu ada peminat yang harap kami bercinta. Tapi kalau nak tahu, yang berasa pelik pun ramai sebab mereka tahu saya memang suka menyakat rakan-rakan artis.

"Tapi kalau kawan lelaki itu sudah berpunya saya tak akan komen macam itu, kita kena hormat hubungan dan perasaan pasangan mereka," kata pelakon drama 'Dia' ini.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: