02 April 2018

TERUS 'ANGKAT KAKI' - PEMINAT KECIL HATI FATTAH MULA 'SOMBONG'


Baru-baru ini, ada peminat berkecil hati dengan pelakon dan penyanyi Fattah Amin yang didakwa kini sudah mula bersikap sombong kerana tidak mempedulikan sapaan peminat yang ingin bergambar dengannya.





Difahamkan, ketika itu peminat Fattah sedang menjamu selera di kafe milik pelakon 'Coffee Prince' versi Malaysia itu.

"Secara kebetulan, Fattah muncul di kafenya. Ketika itu, Fattah baru balik dari gimnasium berdekatan. Tentulah masing-masing teruja apabila melihat kelibat Fattah.

"Kalau boleh nak sangat bergambar sekeping dua dengan aktor pujaan ramai itu. Bagaimanapun, keterujaan masing-masing bagai direntap apabila Fattah tidak melayan sapaan mereka.

Klik untuk gambar besar


"Lebih membuatkan mereka kecil hati apabila Fattah difahamkan terus angkat kaki. Jika sibuk atau terburu-buru takkan seminit pun tidak boleh diluangkan waktu untuk peminat?

"Khabarnya, pandangan mereka terhadap Fattah sudah berubah. Mereka fikir Fattah sombong dan berlagak orangnya," kata Raja Mawar menerusi di Bipop Berita Harian.

Kita semua mengenai populariti suami kepada pelakon dan penyanyi Nur Fazura itu kini belum dapat ditandingi mana-mana artis.



Kata orang, beliau kini bagaikan goreng pisang panas dan menjadi kegilaan ramai. Namun, bila popular tentu akan ada gosip yang kurang enak didengar.

Sejauh mana kebenaran berita ini tidaklah kami ketahui kerana sebelum ini Fattah memang dipuji sebagai seorang selebriti yang sangat menghargai peminatnya.

Fikir positif, mungkin Fattah tidak perasan sapaan peminat tersebut. Apa-apa pun, kita nantikan penjelasan Fattah sendiri.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: