02 April 2018

KAITKAN ELFIRA - FATHIA AKUI TIADA NIAT AMBIL KESEMPATAN


"Saya ada terbaca kisah mereka di laman sosial. Jadi, saya saja mencuba untuk menukar lirik lagu 'Di Matamu' versi balasan (reply).





"Memang tak ada niat nak ambil kesempatan dengan kisah mereka. Hanya sekadar untuk hiburan sahaja. Bila saya tag Elfira, mestilah dia terkejut. Tapi dia okey sahaja.

"Kenapa netizen nak pertikaikan sedangkan empunya badan pun tak kata apa-apa," kata pelakon Fathia Latiff yang tiada niat hendak mengambil kesempatan atas episod kisah putus pertunangan pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 31, berkata dia dan penyanyi Hez Helmi menukar lirik lagu 'Di Matamu' nyanyian Sufian itu sekadar untuk hiburan.

Klik untuk gambar besar


Pelakon drama bersiri 'Ariana Rose' itu diminta mengulas mengenai tindakannya mengaitkan nama Elfira di Twitter dengan berserta muzik video rakaman semula lagu 'Di Matamu' nyanyiannya.

Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan aktres itu yang dikatakan sengaja melibatkan Elfira dalam hal berkenaan.

Untuk makluman, muzik video lagu Reply to 'Di Matamu' Sufian Suhaimi nyanyian Fathia yang dimuatnaik di YouTube pada Jumaat lalu mendapat lebih 367,000 tontonan.

Malah, klip video itu juga menjadi trending di tangga kedua di YouTube serta mendapat pujian daripada netizen.



Dalam pada itu, Fathia yang pernah terbabit dengan kontroversi hangat sebelum ini, mahu memberi tumpuan pada bidang nyanyian.

Malah, Fathia juga akan tampil dengan single pertama berjudul 'Keluarkan Aku' yang mengisahkan perjalanan hidupnya pada bulan April ini.

"Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak pernah berhenti menyokong dan percaya dengan bakat saya.



"Saya memang serius dalam bidang nyanyian dan Insya-Allah dalam bulan ini saya akan tampil dengan single pertama.

"Lagu Keluarkan Aku ini mengisahkan perjalanan hidup saya. Apa yang saya rasa selama ini. Harap semua peminat dapat terima dah beri sokongan," ujarnya.

Sebelum ini, Fathia juga pernah membuat rakaman semula lagu 'Sakit' daripada kumpulan IamNeeta, 'Can't Help Falling In love' dan 'New Rules' (Dua Lipa).

Kesemua lagu rakaman semula itu juga mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji kemerduannya.












www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: