07 April 2018
UM NAFI CALON PHD: "TUNGGU HARI KONVOKESYEN" - BOY IMAN
"Saya rasa dah macam Raja Viral. Semua yang saya lakukan akan menjadi perbualan banyak pihak. Serba salah jadinya. Biarlah masa menentukan.
"Tunggu sahaja hari konvokesyen berlangsung kelak," jelas Boy Iman atau nama sebenarnya, Norul Iman A. Rahman, 38, sekali lagi mencetuskan api spekulasi di laman sosial.
Baru-baru ini dia mendedahkan status pendidikannya peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM) beserta sekali dengan kad pelajarnya.
Malangnya perkara tersebut dinafikan sendiri oleh universiti berkenaan melalui beberapa laman sosial rasmi mereka. Bagaimanapun menurut Boy Iman kepada Utusan Malaysia, tunggu sajalah hari konvokesyen nanti.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Boy Iman pernah ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah banglo. Rata-rata komen yang ditinggalkan warga laman sosial ternyata mahu pelakon ini tidak menipu lagi.
Bak kata Boy Iman, kena tunggu konvokesyen dulu dan pastinya gambar yang dikongsikan nanti bukanlah sekadar berada di depan pintu pagar UM sahaja'kan?
www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Utusan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment