31 May 2018

ANITA SARAWAK JALANI RAWATAN KANSER DI IBU KOTA?


Sudah hampir tujuh tahun kita tidak mendengar khabar Anita Sarawak, 66, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nita apabila hilang daripada radar dunia hiburan.





Misteri kehilangan penyanyi bertaraf lagenda dan 'super star' tersebut pada pertengahan 2011 itu sehingga hari ini masih belum terjawab.

Pelbagai spekulasi yang kita dengan antaranya beliau sudah berhenti daripada bidang nyanyian, menjual rumahnya di Las Vegas dan dikatakan sudah berpisah dengan suaminya. Namun, semuanya itu hanyalah khabar angin tanpa sebarang kesahihan.

Terbaru menerusi portal BH Online, Anita dilaporkan kini sedang menerima rawatan bagi sakit kanser yang dihidapinya di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar


Kedengaran bahawa Kak Nita kini mendapatkan rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Khabarnya lagi, ada artis lama yang rapat dengannya sudah menziarahinya, tetapi tidak diizinkan membuka mulut atas permintaan penghibur itu sendiri.

Dengarnya, wajah penyanyi lagu 'Seksis' serta 'Tragedi Buah Epal' sudah jauh berbeza hingga peminat tidak lagi mengenalinya.



Sejauh mana kebenaran disebalik berita ini tidaklah diketahui, agak mengejutkan juga apabila dapat tahu Kak Nita sedang sakit.

Berkat bulan Ramadhan ini, kami mendoakan agar Kak Nita diberikan kekuatan serta semangat untuk melawan apa sahaja dugaan yang beliau sedang hadapi.

Harapnya satu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk kembali 'munculkan diri' kerana ramai peminat yang merindui dirinya.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: