29 May 2018
BERTUDUNG KEKAL: "TUHAN AKAN MENDORONGNYA" - SITI SARAH
Menganggap keputusan untuk kekal bertudung atau tidak akan dibuat kemudian iaitu selepas pulang dari umrah, penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 34, berkata dia enggan menjelaskan perkara itu lebih lanjut kerana Tuhan yang mendorongkannya.
"Baik buruk semua dari Allah. Jadi, apa segala yang kita lakukan pun berbalik pada-NYA. Saya tak boleh cakap jangkaan orang macam mana.
"Yang menentukan adalah DIA," kata Sarah kepada mStar sebelum berangkat ke Tanah Suci, Makkah bagi menunaikan umrah.
Pada Ahad lalu, Sarah dan suami, pelawak Shuib serta ibu mertuanya baru sahaja pulang dari menunaikan umrah pada 14 Mei lalu.
Klik untuk gambar besar
Menerusi laman Instagram, Sarah ada memuatnaik gambar terbaharu dia bertudung dan mendapat pujian peminatnya.
Rata-ratanya mengatakan penyanyi lagu 'Semakin ini' kelihatan manis berhijab dan mereka berharap imej tersebut akan dikekalkan.
Sudah menjadi kebiasaan Sarah memakai tudung pada bulan Ramadan sejak beberapa tahun lalu bagi menghormati bulan mulia ini.
Dalam pada itu, sepanjang bulan Ramadan ini juga, Sarah sibuk membuat persiapan untuk mini konsertnya yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada Julai depan.
Menurut Sarah, dia berasa sedikit gementar disebabkan sudah 11 tahun tidak mengadakan konsert seperti itu.
"Raya tahun ini mungkin tak rasa sangat sebab kena bersiap sedia dengan showcase yang akan diadakan pada Julai depan. Saya dah mula buat persiapan.
"Disamping berpuasa, latihan untuk konsert ini juga dah mula dijalankan. Agak menakutkan juga sebab dah 11 tahun tak buat.
"Sebelum ini, saya cuma nyanyikan paling banyak lapan lagu. Konsert mini lebih banyak lagu sebab berdurasi selama satu jam setengah," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment