22 May 2018

DAKWA BEKAS SUAMI MAHU PENJARAKANNYA - ELLY RASA TERKILAN


Menerusi sebuah video terbaru yang dimuatnaik di laman Instagram, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein telah meluahkan rasa terkilan dengan bekas suami, Azmi Hatta yang mahu memenjarakan beliau.





Azmi yang bukan saja tidak memberikan nafkah anak tetapi membuat tuntutan kepada pihak mahkamah untuk memenjarakan Elly atas sebab tidak bertanggungjawab terhadap anak, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

Bagaimanapun, mujurlah perkara tersebut tidak akan berlaku apabila mahkamah telah menolak tuntutan yang difailkan bekas suaminya terhadap hak penjagaan anak mereka. Elly merasa syukur kerana keadilan berpihak kepada dirinya.

"Alhamdulillah di bulan yang Mulia kakak Lina dapat keadilan. Mahkamah tolak tuntutan Azmi untuk penjarakan kakak Lina. Salah satu alasan Azmi Hata kata kakak Lina mama yang tidak bertanggungjawab kepada Sefhia," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Elly turut mempersoalkan mengapa Azmi tergamak untuk memisahkan seorang ibu dengan anaknya.

Pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, mendedahkan pengarah drama itu kononnya masih berdendam dan menganggu kehidupannya anak beranak selepas mereka bercerai.

Elly terkilan dan kecewa betapa susahnya bekas suaminya itu menunaikan nafkah yang tidak besar jumlahnya serta masih ingin terus menyiksa kehidupan beliau dan anak perempuan mereka.

"Azmi sangat kejam punya impian nak pisahkan kakak Lina dengan manja. Tak tahu la bila agaknya Azmi nak move on.



"Sepatutnya ikut akal logic, kakak Lina la yang lebih patut berdendam sebab Azmi dah nikah, dah ada baby, keluarga sempura.

"Mereka lebih sempurna tetapi mengapa mereka masih berdendam dan kacau kehidupan kami tiga beranak.

"Lepas ni kakak Lina akan usahakan pula, cadangan untuk meminta pihak produksi Azmi untuk memotong gajinya setiap bulan untuk pembayaran nafkah sefhia yang hanya RM1500," ujarnya.



Untuk makluman, Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

Azmi kemudian berkahwin dengan Faye Kusairi pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kondominium D'Pines, Jalan Ampang dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Jika perkahwinan terdahulu tidak menjadi, janganlah biarkan anak pula yang menjadi mangsa. Sebagai seorang bapa, cubalah bertanggungjawab untuk memberikan nafkah yang wajib ke atas anak anda.

Kami harap segala urusan Elly untuk mendapatkan hak anaknya itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Kekal tabah menghadapi dugaan demi anak tercinta.






www.myartis.com / Sumber: Elly Mazlein IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: