14 May 2018

"I ALMOST LOST HER" - BALQIS ALAMI MUNTAH DARAH & PENGSAN


Menerusi laman Instagram @rockingbalqis, ibu bapa kepada pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi, 11, telah memaklumkan bahawa mereka hampir kehilangan selepas anaknya itu mengalami muntah darah yang kerap dan pengsan.





Namun begitu, selepas menerima rawatan serta minum teh dan mengunyah daun selasih, Pelakon Wanita Terbaik itu sudah beransur pulih.

Bagaimanapun, ibu bapanya itu tidak menyatakan penyakit yang dihadapi Balqis atau lebih lebih mesra dipanggil Aqish itu.

"Alhamdulillah sakit Aqish semakin kurang. Saya masih menunggu rawatan susulan. Terima kasih buat semua peminat yang tak henti-henti DM dan WhatsApp bertanyakan khabar Aqish," katanya.

Klik untuk gambar besar


Keluarga pelakon 'KL Special Force' itu turut menyarankan mereka yang mempunyai anak yang menghadapi masalah jantung dan kanser boleh mencuba daun parsli atau teh selasih.

"Sebelum ini, Aqish asyik muntah darah dan pengsan, malah hampir kehilangannya. Pelbagai makanan tambahan sudah dicuba, tetapi tidak membantu.

"Selepas Aqish minum teh dan mengunyah daun selasih setiap pagi serta malam, sakitnya beransur pulih. Doakan yang terbaik buat Aqish. Sayang anda semua dan terima kasih," tuturnya lagi.



Sementara itu, panggilan dan mesej kepada ibunya, Norashikin Mohd Aziz untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kesihatan Balqis tidak berjawab, manakala bapanya, Azizi Aziz memaklumkan sedang bekerja di luar daerah.

Ruangan komen di Instagram pelakon yang mula menceburi bidang lakonan sejak usia dua tahun itu juga ditutup.

Terdahulu, anak kecil berbakat besar itu dikenali ramai kerana lakonan mantapnya yang meruntun perasaan hingga menerima pelbagai pengiktirafan di dalam dan luar negara.

Balqis pernah menewaskan ramai calon berpengalaman ketika bersaing pada Anugerah Televisyen Asia 2014 untuk merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Asia 2014.






www.myartis.com / Sumber: Berita harian & Puteri Balqis Azizi IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: