01 May 2018

ISU SPOILER: "YANG KECAM, MAKI TAKKAN MAAF LANGSUNG" - ARA


"I cuma minta maaf atas dasar I salah dan I minta maaf pada team-team production. Bagi I jika orang bagi kejahatan, kita kena balas dengan kejahatan, itu memang I punya stail. Ara kena (kecam), okay, tapi orang yang merekod semua harus kena.





"Ara minta maaf pada semua yang nasihat tapi pada yang kecam Ara tak minta maaf dan pada yang maki Ara takkan minta maaf langsung. Sorry," kata penyanyi Ara Johari yang tidak berpuas hati dengan mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Hujung minggu lepas hangat dengan kisah penyanyi lagu 'Bunga' yang dikecam Netizen kerana memuatnaik rakaman sebahagian filem 'Avengers: Infinity War' di IG Storynya.

Bukan setakat dikecam, malah ada netizen yang memaki hamun Ara kerana memuatnaik rakaman itu. Ditanya adakah dia menjawab kecaman netizen dalam nada marah.

Klik untuk gambar besar


"Cuma dalam nada sarkastik, la. Bagi Ara benda tu biasalah. Balas komen orang dan suka melayan juga la. Bukan dalam nada marah cuma Ara marah pada yang mengeluarkan kata-kata kesat sampai Ara dikecam.

"Tapi kenapa sekarang? Ara nak tanya itu je kenapa sekarang? Kenapa dalam filem Avengers saja Ara dikecam sebegitu rupa. Kenapa sebelum ini ada orang ramai, ada artis upload movie Melayu tapi mereka tak kecam.

"Kenapa bila filem antarabangsa saja yang dikecam? Bagi Ara benda tu memang salah tapi normal sangat orang ambil Story dalam hall tapi bila Ara kena maki sampai begitu sekali.

"Ia untuk Story sebenarnya. 15 saat. I bukannya record the whole movie. Dorang maki sampai keluar kata-kata kesat. I tak puas hati pasal itu, and then I upload lagilah.



"Why not you just skip my Story? Kenapa nak tengok kalau benda tu jadi spoiler? Kemudian benda tu jadi viral.

"Kalau ikut undang-undang untuk movie memang salahlah kalau I upload. Tapi bagi I benda tu normal. Ramai sangat orang buat. Story 15 seconds, bukannya record the whole movie.

"I record story 15 seconds and tak la nampak skrin sangat. I record nampak skrin dalam 5 seconds je tak tau benda tu jadi isu pula," ujarnya.



Ditanya jika dia ada menerima apa-apa tindakan akibat memuatnaik rakaman itu ke media sosial, Ara memberitahu bahawa setakat ini belum lagi.

"So far, tak ada lagi alhamdulillah la, kita tengok nanti ada ke, tak ada ke. Silakan, saya tidak kisah. Bagaimanapun bagi mereka yang terus mengecam saya macam tidak pernah buat salah saya minta mereka hentikan.

"Bagaimanapun buat masa ini saya tidak dihubungi mana-mana pihak termasuk pawagam lagi," jelas Ara yang memberitahu dia bersedia dikenakan tindakan terhadap perbuatannya.

Diharap Ara telah mendapat pengajaran dari peristiwa ini dan tidak akan melakukan perkara yang sama lagi.






www.myartis.com / Sumber: Melodi TV3 & Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: