28 May 2018

'SINDIR' SYED SADDIQ - DIRA DITEGUR SHARIFAH AMANI


"Yelah kau kawan aku. Aku bangga bila kau berazam nak jadi pembangkang yang 'power'. Buat keluarga kau bangga.





"Lindungi dan perjuangkan hak wanita dan penggiat seni tapi 'part' hang duk picit-picit phone cari pasal tu aku tak fahamlah.

"Orang tu nak tengok bola pun tak senang," demikian kata pelakon Sharifah Amani yang tidak faham kenapa Dira Abu Zahar cuba cari pasal dan menimbulkan kekecohan di media sosial.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila status ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengenai perlawanan akhir di antara Liverpool dan Real Madrid disindir oleh Dira yang menyifatkan beliau sebagai 'YB Budak-budak'.

Klik untuk gambar besar


Melalui laman Twitter, Syed Saddiq dengan nada bergurau, meminta penjaga gol Liverpool disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dilihat terlalu mudah melepaskan gol sehingga menyebabkan pasukan itu tewas.

Selepas ditegur, Dira meluahkan rasa tidak puas hatinya kenapa dia tidak boleh membuat kenyataan seperti itu di media sosial sedangkan orang lain boleh.

Bagaimanapun, Amani menjawab tidak perlu menyamakan dirinya dengan orang lain kerana baginya Dira jauh lebih baik dan ada perkara jauh lebih penting yang perlu diberi perhatian.

Rata-rata netizen kagum dengan teguran Sharifah Amani yang dilihat sangat berhemah dan masih menjaga perasan sebagai seorang sahabat.



Netizen juga turut mengatakan, jika hendak mengutarakan pendapat atau hujah, pastikan ianya berasas dan sesuatu yang penting.

Tidak dapat dinafikan bahawa persona Syed Saddiq ditambah pula dengan kekuatan sosial media menyebakan dirinya menjadi perhatian.

Namun tidak semestinya individu yang dilabel 'budak' ini tidak mempunyai kekuatan tersendiri sehingga membuatkan rakyat memilih dirinya. Apa pun, janganlah bergaduh, orang bergurau saja pun.








www.myartis.com / Sumber: Oh Bulan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: