02 May 2018

"TAK SANGKA, I LOVE YOU" - IZREEN TERHARU TERIMA BUNGA


Menerusi laman Instagram, pelakon Izreen Azminda memberitahu yang dia tidak dapat menahan perasaan teruja dan terkejut apabila suami tercinta, Ude Wahid membuat kejutan dengan menghadiakan beliau jambangan bunga ros baru-baru ini.





Kata Izreen, kejutan dibuat suaminya itu dianggap romantik, apatah lagi ia adalah kali pertama dirinya mendapat bunga daripada lelaki.

"Allahuakhbar.. Haiiiilahhh.. Ingatkan td ada penyangak dok depan rumah tekan bell byk kali.. Tp kalau nk mai merompak takkan nk tekan bell pulak kan..

"Bukak pintu teruih nmpk bunga.. Tak sangka pulak org tu seromantik ni tetiba... Berkurun tok nadoq kami tak merasa org dok huluq bunga..

Klik untuk gambar besar


"Selalu tengok kat tv ja.. Selama dok berlakon pun.. scene2 hero dok bg bunga buleh kira dgn jari ja la.. Tak sangka jd betoi pulak..

"Dan dan tu la kami terasa mcm heroin drama 688 epsd!!! 😂😂😂 apa pun tq suami n i love you too no matter what.. Terharu pulak 😭😭😭 tq tq tq 💖💖💖," tulisnya.

Meskipun selalu berkongsi saat bahagia beliau bersama Ude, Izreen bagaimanapun sehingga hari ini masih belum membuka ruangan komen di Instagram. Mungkin sudah serik dikecam.



Amboi Izreen, sejak kebelakangan ini memang sudah terbuka dan tidak segan lagi meluahkan rasa cinta dan menayang kebahagiaan bersama Ude.

Untuk makluman, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid yang juga pemuzik bebas bernikah pada 8 Ogos tahun lalu.

Apa-apapun, semoga rumah tangga yang dibina oleh pasangan ini kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.


www.myartis.com / Sumber: Izreen Azminda IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: