28 June 2018

ALIFF SYUKRI MOHON MAAF POST VIDEO ISTERI BERSALIN


Menerusi laman Instagram, usahwan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri telah tampil meminta maaf kepada semua pihak atas tindakan beliau berkongsi video saat isterinya, Datin Shahida bersalin.





Video tersebut menerima kritikan apabila ada pihak yang tidak senang ianya dimuatnaik untuk tatapan umum.

Dalam permohonan maaf itu, Aliff Syukri menjelaskan niatnya hanya untuk berkongsi susah payah seorang isteri melahirkan anak agar para suami lebih menghargai pengorbanan mereka.

Jelasnya lagi, beliau akui tidak dapat memuaskan hati semua pihak namun apa yang dikongsikannya hanyalah pendapat beliau sendiri.

Klik untuk gambar besar


Pun begitu beliau juga menghormati pandangan orang lain mengenai isu berkenaan dan berharap hal ini tidak berlarutan.

Terdahulu pengacara, Faizal Ismail menyatakan pendapatnya yang tidak bersetuju tindakan sesetengah individu memuatnaik video isteri yang sedang sakit bersalin.

Menurut Faizal, ianya terlalu peribadi untuk dikongsikan. Tidak pasti sam ada Faizal menyindir Aliff atau tidak, tapi dalam hidup ini memang mustahil untuk puaskan hati semua pihak.












www.myartis.com / Sumber: Aliff Syukri IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: