14 June 2018

ANAK ANGKAT PENYERI RAYA ACHEY & ISTERI


Nampaknya raya Aidilfitri tahun ini paling bermakna buat pelawak Achey Bocey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya apabila bakal beraya bertiga.





Alhamdulillah... impian Achey dan isterinya untuk menjadi ibu dan bapa akhirnya dimakbulkan apabila mereka sepakat untuk mengambil seorang anak angkat perempuan pada 22 Mei lalu (bersamaan hari ke 6 umat Islam berpuasa) selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Achey atau sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 32, menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam status itu, Achey meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga dengan kehadiran bayi yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah yang melengkapi dan menceriakan lagi keluarga kecil mereka.

Klik untuk gambar besar


Difahamkan, bayi itu telah enam hari lebih awal sebelum pasangan ini ambil untuk dijadikan anak angkat sekaligus memberikan raya kali ini lebih makna buat mereka.

Achey turut mendedahkan yang anak angkatnya itu kini sudah miliki akaun Instagram sendiri. Dalam masa sama, Achey meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan mereka bertiga dan supaya Nur Tiara menjadi anak yang solehah.

Apa pun, harap kehadiran anak dalam hidup Achey dan isteri ini akan lebih menceriakan suasana dalam rumahtangga. Seronok sanak saudara dapat ahli keluarga baru.














www.myartis.com / Sumber: Achey Bocey Instagram


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: