04 June 2018

DALAM 18 JAM - 'LAVIDA RAYA' DATO' SERI VIDA TRENDING TOP 1


Jika sebelum ini lagu 'I Am Me' menjadi trending nombor satu dan fenomena, kini lagu terbaru Dato' Seri Vida berjudul 'Lavida Raya' pula menduduki trending top 1 di YouTube dalam tempoh 18 jam.





Ia adalah pencapaian membanggakan buat usahawan kosmetik terkenal itu selepas melancarkan lagu sempena menyambut Aidilfitri itu baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan daripada pihak pemasaran lagu itu, difahamkan sambutan positif peminat DSV kerana lagu tersebut mempunyai elemen 'catchy' dan rancak yang membuatkan pendengar ingin menyanyi dan turut sama menari.

Memberi kelainan, DSV memilih untuk menghasilkan muzik video 'Lavida Raya' di kediamannya dan menggunakan penari dalam kalangan kenalan sendiri serta dua orang anaknya iaitu Cik B dan Kacak sebagai watak utama.

Klik untuk gambar besar


Menurut DSV, gaya tarian di dalam muzik video itu adalah hasil idea Cik B dan beliau sendiri kerana ingin menceriakan suasana hari raya buat semua peminat dan pendengar apabila sahaja menonton muzik video ini.

Bersempena dengan pelancaran muzik video 'Lavida Raya' di laman YouTube yang dimuatnaik pada 1 Jun lalu, beliau akan memberikan hadiah bernilai RM100 serta barangan peribadi miliknya setiap hari selama seminggu kepada peminatnya.

Syaratnya, peminat perlu kongsikan muzik video tersebut dengan hashtag #lavidaraya di akaun media sosial serta komen terbaik sebelum dipilih sebagai pemenang.

DSV juga menyatakan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan muzik video 'Lavida Raya' termasuk semua staf, keluarga dan sahabat.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: