12 June 2018

ELVINA KESAL SUAMINYA DIANIAYA KES PERNIPUAN PELABURAN FOREX


"Lebih menyedihkan mereka mengaitkan nama suami saya adalah kenalannya sendiri. Mereka yang terbabit pula melarikan diri hinggakan Hanif menjadi mangsa.





"Syukur, isu jenayah cuba dikaitkan dengan nama suami dapat diselesaikan selepas seminggu," kata pelakon Datin Elvina Mohamad.

Elvina mengesahkan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan yang ditahan pihak berkuasa, penghujung bulan lalu membabitkan kes penipuan pelaburan Forex (GWGFX) dan Bitcoin Bitkingdom telah pun dibebaskan.

Jelas pelakon drama 'Isteri Untuk Diiktiraf' itu, suaminya tiada kaitan dengan kes penipuan terbabit sebaliknya dipanggil sebagai saksi membantu pihak berkuasa.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Elvina kesal ada pihak cuba menganiaya suaminya dan mendakwa konon Hanif terbabit.

Hanif ditahan di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara untuk memberi keterangan di Menara 238, Jalan Tun Razak pada 30 Mei lalu.

Elvina juga turut kesal ada pihak tidak bertanggungjawab memberi pelbagai komen dan menjatuh hukum seolah-olah lebih tahu.



"Saya menerima pelbagai komen di laman sosial. Macam mereka kenal sangat dengan suami. Kenyataan mereka membuat saya mahu saja 'screenshoot' apa ditulis dan memberikannya kepada pihak berkuasa agar mereka tampil membantu siasatan kerana tahu semua benda.

"Tidak kurang mempersoalkan perkahwinan saya dengan Hanif. Tidak mengapalah, saya anggap apa berlaku sebagai dugaan dan ia menguatkan lagi rasa cinta antara kami," tuturnya.

Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 23, sah bergelar isteri Haniff, pada 18 Mac lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.




www.myartis.com / Sumber: Malysian Digest


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: