13 June 2018

RUMAH DISERBU POLIS - FATIN AFEFFA DIDAKWA BERKHALWAT?


Beberapa bulan lalu, seorang wanita telah tampil mendakwa pelakon Fatin Afeefa sedang menjalinkan hubungan intim dengan suaminya sehingga rumah tangga mereka berantakan.





Sebelum ini, wanita tersebut yang dikenali sebagai Hanna Marie turut mengatakan Fatin punca beliau dipukul oleh suami sendiri sehingga mengalami kecederaan yang teruk.

Kemelut antara mereka tidak pernah terhenti dan nama Fatin kembali hangat diperkatakan sejak kelmarin apabila Hanna mendakwa aktres itu masih lagi berdua-duaan dengan suaminya di dalam sebuah apartment pada bulan Ramadhan.

Hanna turut memaklumkan polis sudah berada di rumah Fatin untuk menjalankan pemeriksaan dan mengambil keterangan dari pelakon wanita itu atas dakwaan berkhalwat.

Klik untuk gambar besar


Menerusi akaun Twitternya, Fatin akui polis telah menyerbu rumahnya tetapi hasil pemeriksaan lanjut mendapati beliau tidak bersalah kerana tiada siapa dirumahnya seperti yang didakwa.

Namun, Hanna tetap tidak berpuas hati dan dilihat membalas 'tweet' Fatin dengan pelbagai lagi pendedahan mengenai sikap Fatin yang dikatakan agak kasar ketika serbuan itu berlaku.

Fatin enggan berdiam diri mengenai isu tersebut dan bakal membuat laporan polis kerana menggeledah rumahnya tanpa sebarang waran.

Apa-apa pun, biar pihak polis buat kerja mereka dan diharap kes ini dapat diselesaikan secara baik.












www.myartis.com / Sumber: Beautifilnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: