27 June 2018

FAYE MAHU JUMPA ELLY MAZLEIN, TAMATKAN SENGKETA


Pelakon Faye Kusairi meluahkan rasa syukur akhirnya kemelut antara suaminya, Azmi Hatta dan bekas isteri iaitu Elly Mazlein sudah berakhir setelah sekian lama 'berlaga angin'.





Faye, 32, berkata dia ingin mengucapkan terima kasih kepada Elly yang sudi berdamai demi masa depan anak penyanyi itu dengan suaminya, Putri Sara Sepfhia.

"Alhamdulillah, saya pun bersyukurlah sebab doa-doa dan harapan kami dimakbulkan. Saya pun nak ucap terima kasih pada Elly sebab sudi berdamai demi masa depan anak dia dan Azmi," kata Faye.

Faye diminta mengulas mengenai luahan rasa syukur Elly Mazlein apabila Azmi berkunjung ke kediamannya bagi menziarahi anak mereka Sefhia yang kini berusia dua tahun.

Klik untuk gambar  besar


Tambah Faye atau sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, dia sangat gembira sekiranya dia juga dapat berjumpa dengan Elly dan Sefhia.

Malah, dia tidak akan pernah berhenti mendoakan agar hubungan baik mereka itu berpanjangan sehingga akhir hayat.

"Insya-Allah sudah tentu saya gembira kalau dapat bertemu dengan mereka. Sefhia juga anak suami saya. Itu adalah satu hakikat dan penerimaan saya dari awal lagi.

"Saya tak akan putus berdoa dan mengharapkan agar kita semua boleh berdamai hingga ke akhir hayat," ujarnya.



Kemelut hubungan Elly dan bekas suaminya menjadi hangat selepas pasangan itu bercerai dan pelakon drama Teratai Kemboja itu mendakwa Azmi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

Azmi kemudian berkahwin dengan Faye pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup di kondominium D'Pines, Jalan Ampang dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Hasil perkahwinan itu, Azmi dan Faye dikurniakan bayi sulung lelaki mereka bernama Alif Azmi pada 9 April lalu.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: