29 June 2018

"MOLOT & DAHI JENDUL MAMA PUNYA" - ELLY MAZLEIN TAK KECIL HATI


Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein yang baru-baru ini meluahkan rasa gembiranya apabila bekas suaminya, Azmi Hatta datang menjenguk anak mereka, Putri Sara Sefhia di rumah.





Dalam pada itu, pelakon Faye Kusairi juga turut berterima kasih kepada Elly dan berharap dapat bertemu dengan Elly suatu hari nanti.

Sebelum ini, Elly dilihat merahsiakan wajah anaknya daripada tatapan umum. Namun selepas pertemuan tersebut, akhirnya Elly kongsikan wajah comel anak tunggalnya di laman Instagramnya.

Rata-rata peminat memuji kecomelan wajah Sephia yang kini berusia 2 tahun 3 bulan. Tidak kurang juga ada yang mengatakan wajah Sephia saling tidak tumpah seperti bapanya.

Klik untuk gambar besar


Tidak melatah dengan komen tersebut, Elly memuatnaik gambar Sephia memberitahu dia tidak berkecil hati jika ada pihak mengatakan wajah anaknya itu seiras bapanya.

Elly juga sempat berseloroh dengan mengatakan mulut dan dahi jendul anaknya itu mempunyai raut wajahnya.

Apa pun diharap semoga ikatan hubungan mereka anak beranak berkekalan hingga ke akhir hayat. Buang yang keruh ambil yang jernih.












www.myartis.com / Sumber: Elly Mazlein IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: