Menerusi laman Instagram, Abby Abadi memaklumkan dia dan suaminya, Jai Ezzany telah mengambil anak angkat lelaki pada hari Selasa lalu.

Pada masa sama, Abby turut berdoa agar urusan melakukan dokumentasi bayi tersebut dipermudahkan.
Rezeki. TQ ALLAH ❤️ Dah dapat. Baby Boy 😍 Bila ALLAH nak bagi... Syukur 😇 Doakan semoga segala urusan dokumentasi dipermudahkan
Klik untuk gambar besar

"Keluar hospital terus kita gi ambil baby ni. Namapun takde lagi ni.. Nanti2lah Sy share gambar ye. @normanhakim_786 jangan share dulu video tadi. Puk kang 😝," kata Abby.
Terdahulu, Abby menerusi entri Instagram sebelumnya ada memaklumkan mengenai keinginannya untuk mengambil anak angkat.
Tahniah kami ucapkan dan semoga bayi ini memberi sinar baru dan kebahagiaan dalam keluarga Abby.




www.myartis.com / Sumber: Abby Abadi
________________________

No comments:
Post a Comment