05 June 2018
ZIANA DEDAH SUAMI TAK PERNAH DERA FIZIKAL TETAPI MENTAL
"Tidak pernah berlaku kekasaran fizikal, tetapi penderaan mental itu ada. Saya mungkin boleh bertahan, tetapi tidak untuk anak-anak.
"Namun biarlah segala apa yang berlaku selama ini tersimpan menjadi rahsia antara kami. Cukup hanya saya dan anak-anak yang mengetahuinya. Sebab perlu diingat, masing-masing ada maruah yang perlu dijaga.
"Walaupun sudah tidak bersama lagi, ada beberapa rahsia yang perlu disimpan," kata penyanyi popular Ziana Zain yang membuat pengakuan tidak pernah dikasari secara fizikal oleh suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri.
Pendedahan itu dibuat Ziana, 50, menerusi sebuah program bual bicara hiburan siaran langsung semalam.
Klik untuk gambar besar
Kata Ziana, terlalu banyak perkara yang telah berlaku sepanjang tempoh lebih 20 tahun hidup bersama Armin. Namun, pelantun lagu 'Madah Berhelah' itu enggan mendedahkannya demi menjaga maruah keluarga dan suami.
Tambah Ziana lagi, dia tidak berasa kesal dengan apa yang terjadi kepada rumah tangganya dan berharap agar dia dan suami dapat mencari kebahagiaan masing-masing selepas ini.
"Sebagai isteri, kalau boleh saya mahu selamatkan rumah tangga tetapi kalau Tuhan berkata Kun Faya Kun terhadap sesuatu perkara, maka jadilah ia. Ia ditambah pula dengan insiden yang berlaku terhadap anak saya.
"Jadi mungkin inilah jalan keluar daripada masalah yang membelenggu saya selama berpuluh tahun lalu. Sekarang saya sudah boleh tarik nafas lega kerana tiada lagi perkara yang menyesakkan dada," ujarnya yang berharap agar semua pihak mendoakan kebaikan untuknya dan anak-anak selepas ini.
Rumah tangga mereka yang dibina pada 1998 di ambang perpisahan apabila penyanyi itu memfailkan permohonan cerai selepas Armin dihadapkan ke mahkamah Mac lalu kerana mencederakan seorang daripada empat anak mereka.
Bagaimanapun kes tersebut ditangguhkan pada 28 Jun depan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap Ziana.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment