15 July 2018

ANAK DALAM KANDUNGAN 'DIAM' - BLACK RASA CEMAS


"Seperti biasa, saya akan memanggil nama bayi kami dalam kandungan isteri dan dia pasti akan memberikan reaksi menerusi pergerakan. Tetapi, semalam, selepas Cira makan durian, tiada tindak balas yang diterima.





"Jadi, masing-masing mulalah risau. Hanya selepas kali ketiga dipanggil, barulah dia menunjukkan tindak balas. Jadi, kalau Cira teringin nak makan durian lagi, saya meminta dia berpada-pada.

"Bukan apa, bimbang juga andai perkara sama berulang," kata penyanyi Black Hanifah, 32, yang berkongsi saat cemas apabila bayi dalam kandungan isterinya itu tidak menunjukkan tindak balas seperti biasa gara-gara terlebih makan durian.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah berkata, isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira, memang penggemar raja buah.

Klik untuk gambar besar


Tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata kedua, Black bagaimanapun enggan mendedahkan jantina mahupun nama yang sudah diberikan kepada bayi mereka.

"Insya-Allah, minggu depan Cira akan menjalani rutin pemeriksaan kandungan bagi menentukan jantina sebenar bayi. Memang kami sudah memilih nama, cuma eloklah ia dikongsi apabila sudah sah jantinanya," jelasnya.

Black berkahwin dengan Cira pada 13 September 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dianugerahkan anak lelaki, Khaleef Dayyan, yang kini berusia tiga tahun.

Sementara itu, mengenai perkembangan terkininya, Black memberitahu, dirinya kini sibuk dengan aktiviti ceramah motivasi menerusi program anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM).










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: