Tahniah kami ucapkan kepada adik kepada aktres Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida iaitu Betty Rahmad, 36, yang kini hamil tiga bulan.

Betty yang juga merupakan seorang pelakon dan usahawan mengumumkan berita gembira tersebut menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Menariknya, Betty memuatnaik video kejutan terhadap suaminya, Ardi Damis, 31, dalam menyampaikan khabar gembira tersebut.
Selepas beberapa tahun menyulam cinta, Betty dan Ardy bernikah di Glamhall, Damansara Perdana tepat jam 8.47 malam pada 4 Februari lalu.
Klik untuk gambar besar

www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment