06 July 2018

BILA LAWAK 'HAMIL' REMY ISHAK BIKIN NETIZEN TERHIBUR


Menerusi laman Instagram, pelakon Remy Ishak telah memuatnaik gambar peruabahan dirinya sebelum dan selepas.





Apa yang lucunya, Remy sempat berseloroh dengan peminatnya bahawa dia kini sedang mengandung empat bulan.

Kata Remy, perubahan itu dirasai ekoran sambutan Aidilfitri dan rumah terbuka sejak dua minggu lalu.

"Setelah berjumpa dengan doktor, abang disahkan mengandung 4 bulan ketika menyambut Aidilfitri yang mulia.

Klik untuk gambar besar


"Berikut dipaparkan gambar bukti sebelum dan selepas," perkongsian Remy yang mendapat reaksi lucu daripada netizen.

Rata-rata netizen tidak menyangka pelakon filem 'Nur Kasih' ini mempunyai sisi humor.

"Mengong la awak ni Remy," tulis aktres cantik Erra Fazira. - "Baby girl ke boy tu? Alahan teruk tak? Hahaha. Ngek tul la," tanya @effzie.

"Siapa yang mengandungkan awak ni?" soal @mawar_asnieyza. - "Tak sangka kelakar juga," tambah pengguna lain.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: