06 July 2018

AKUI KEMURUNGAN RINGAN - HAQIEM MOHON MAAF, JUMPA PAKAR PSIKIATRI


"Saya bukan orang yang bijak, apabila saya kata kemurungan dalam menggambarkan situasi mungkin saya salah pilih perkataan namun saya tidak menipu mengenai perkara itu.





"Sebenarnya saya mengalami kemurungan ringan disebabkan tekanan kerja, masalah tidur, berat badan tidak menentu selain tekanan akibat kecaman daripada netizen.

"Setiap hari, beribu-ribu orang mengkritik dan mengutuk, mengatakan muka saya tak kacak, berjerawat dan menyanyi tidak sedap. Perkara itu membuatkan saya terfikir untuk berhenti menyanyi, atau saya akan mengalami kemurungan.

"Orang beranggapan, apa yang saya lakukan ini gimik sepenuhnya. Ia bukan gimik kerana berdasarkan pemahaman sendiri, memang saya alami tekanan.

"Takkan saya nak main-main dengan perkara ini... Saya menanggungnya seorang diri malah pernah merujuk dengan rakan yang pernah mengalami perkara sama dan ia menunjukkan tanda-tanda jelas kemurungan ringan.," kata penyanyi Haqiem Rusli yang mendedahkan alami kemurungan ringan.

Jelas Haqiem, dia sebenarnya mengalami kemurungan ringan namun tidak pernah merujuk perkara itu kepada pakar psikiatri.

Penyanyi yang popular menerusi lagu 'Tergantung Sepi' itu memberitahu yang dia tidak pernah menipu mengenai pendedahannya berhubung masalah kemurungan dihidapinya sejak awal tahun ini.

Klik untuk gambar besar


Sebaliknya kata Haqiem, salah faham mengenai pengakuannya itu terjadi kerana menggunakan perkataan yang salah dalam menjelaskan situasi dihadapi ketika ini.

Dalam pada itu, Haqiem berkata, dia bakal bertemu dengan pakar psikiatri di sebuah hospital pada Jumaat bagi mengetahui sama ada dia benar-benar menghadapi kemurungan atau pun mengalami masalah lain.

"Saya tidak bertemu dengan doktor sebelum ini kerana perasaan ego dan degil untuk mendapatkan bantuan.

"Tetapi selepas apa yang berlaku, pihak pengurusan saya telah mengaturkan pertemuan dengan pakar psikiatri bagi mengetahui keadaan sebenar saya," katanya ketika ditemui pada sidang media khas yang diadakan pada malam Khamis.

Sementara itu, pada sidang media diadakan, Haqiem turut tampil memohon maaf rentetan kontroversi melanda dirinya selepas mengumumkan dia bakal bersara sebagai penyanyi kerana mengalami kemurungan.



Penyanyi Ernie Zakri, Wany Hasrita dan wakil pengurusannya Sam Samin turut berada pada sidang media berkenaan.

Kata Haqiem, dia sedar apa yang dilakukan salah memandangkan dia masih mentah namun menegaskan ia bukan gimik seperti didakwa selain meminta diberikan peluang kedua agar dapat memperbaiki kesilapannya.

"Setiap manusia melakukan kesalahan dan kesilapan. Apa yang saya alami bukan disebabkan orang lain tetapi lebih kepada perubahan gaya hidup selepas bergelar selebriti.

"Beri peluang kedua pada saya untuk menebus kembali kesilapan yang dilakukan... Saya rendah diri untuk memohon maaf kepada semua," tuturnya.

Haqiem turut memohon maaf kepada Ernie Zakri dan Wany Hasrita selepas insiden mereka muncul dalam sebuah program Facebook Live di sebuah stesen radio sehingga mengheret nama dua penyanyi itu dalam kontroversi dirinya.



"Mereka tidak bersalah... Apa yang berlaku adalah salah faham dan saya benar-benar mohon maaf," ujarnya.

Sebelum ini Ernie meluahkan rasa kesal kerana dijemput dalam dalam rancangan itu tanpa dimaklumkan adanya Haqiem.

Ernie mendakwa kenyataan pemuda itu mengenai kemurungannya hanyalah gimik bagi meraih sokongan terhadap single terbaharu dilancarkannya iaitu Selamat Tinggal Sayang.

Selain Ernie, penyanyi Sufi Rashid dan Caprice turut mengkritik penyanyi bersuia 20 tahun itu.

Dakwa Sufi, Haqiem telah menciplak ideanya iaitu menggunakan melodi ciptaannya menerusi lagu terbaharunya, 'Selamat Tinggal Sayang' tanpa kebenaran.



Sufi meluahkan rasa sedih kerana Haqiem langsung tidak memberi kredit kepadanya sebagai penggubah lagu walaupun berbesar hati penyanyi baharu itu menggunakan lagu ciptaannya.

Menurut Sufie, Haqiem tidak mendapatkan keizinannya sebagai penyusun muzik asal untuk menggunakan 'intro' lagu barunya, 'Selamat Tinggal Sayang'.

Difahamkan, Sufie hanya membuat demo untuk penyanyi remaja itu sekitar tahun lalu dan tidak sangka Haqiem akan menggunakannya untuk lagu tersebut.

Sufie bukanlah mahu sengaja mahu meraih publisiti ataupun menuntut bayaran tetapi hanya ingin Haqiem meminta izinnya dengan mengikut prosedur yang betul.

Dalam pada itu, Sufi berkata, menggubah lagu bukan usaha yang senang dan sebagai komposer dia tidak sewenang-wenangnya memberikan lagunya kepada sembarangan orang.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: