06 July 2018

"AKHIRNYA TERHENTI" - AMY SEARCH REDHA ISTERI KEGUGURAN


Takziah kami ucapkan kepada penyanyi rock lagenda, Amy Search apabila hasrat dan impiannya untuk menimang cahaya mata pada usia 60 tahun tidak kesampaian.





Ini kerana bayi di dalam kandungan isterinya, Nourish Hassan disahkan telah meninggal dunia selepas doktor tidak dapat mengesan lagi degupan jantung janin tersebut ketika melakukan ujian ultrasound.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Amy sendiri di Instagram dan turut disertakan dengan video.

Meskipun merasa sedih, Amy redha dengan apa yang berlaku dan berharap mungkin hikmah ataupun kemanisan disebalik dugaan ini.

Klik untuk gambar besar


"Degupan itu akhirnya terhenti dan hilang dri pandangan. Alex, Sania dn Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini. Qaqa menangis teresak esak. Kini tiada lagi cerita baby yang bakal mereka miliki antara mereka.

"Moga kami semua redha dgn dugaan yang tak terpandang ini. Aku pasti dugaan itu datang bersama keindahan dan sabar itu sama seperti berbesar hati dengan dugaannya," luah Amy.

Luahan yang cukup menyedihkan itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-ratanya berharap agar pasangan ini bersabar dan tabah dengan dugaan yang melanda.



Sebelum ini, Amy pernah berkongsikan rasa gembira mengenai kehamilan isterinya itu selain tidak sabar untuk bergelar bapa pada usia 60 tahun.

Amy dan Nourish yang berkahwin pada 2003 mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.

Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad. (rtky/s)

Bukan mudah untuk menerima sebuah kehilangan apatah lagi ia perkara yang paling diharapkan, namun kami berdoa semoga Amy dan isteri kekal tabah menghadapi ujian ini.


www.myartis.com / Sumber: Amy Search IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: