05 July 2018

ANAK DILAHIRKAN MENINGGAL: "SEMPAT LIHAT DIA" - NIEYL MENTOR


Takziah kami ucapkan kepada penyanyi Nieyl (Mentor) yang berhadapan dengan ujian besar apabila anaknya yang baharu memasuki usia enam bulan disahkan meninggal dunia sewaktu dilahirkan.





Kata Nieyl, dia dimasukan ke sebuah pusat perubatan pada Ahad lalu dan melahirkan bayi pramatang kira-kira pukul 4.15 pagi Isnin lalu.

"Saya dipinjamkan anak lelaki sekejap sahaja, usia kandungan saya bertahan 23 minggu iaitu kira-kira hampir 6 bulan.

"Saya mungkin lasak sangat, pindah rumah dan dukung anak. Baby mungkin terlalu penat," kata Nieyl kepada mStar.

Nieyl atau nama sebenarnya Nurylia Jailani, 35, mendirikan rumah tangga dengan Dazma Shah Daud pada 2008. Pasangan itu ketika ini mempunyai dua cahaya mata perempuan.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Nieyl berkata, dia sempat melihat anaknya selepas dilahirkan beberapa minit sebelum bayi itu meninggal dunia.

"Dia lahir masih hidup, saya sempat melihat dia," ujarnya yang menganggap perkara yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya.

Nieyl memuatnaik status terima kasih atas ucapan takziah yang diterima di laman sosial Instagram miliknya.

"Assalamualaikum. Terima kasih atas ingatan doa dan ucapan takziah dari semua untuk Nieyl dan arwah Darwin. Doakan saya tabah menghadapi ujian ini," tulisnya.

Beberapa minggu sebelum ini, penyanyi itu sering memuatnaik tentang perkembangan kandungannya dan bakal menimang cahaya mata lelaki dengan menggunakan tanda pagar #DamiaDaliaDarwin.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: