05 July 2018

DILAMAR AKTOR MUDA - A. AIDA BERTUDUNG LEPAS NIKAH


Sebelum ini gosip yang kononnya Datuk A Aida, 48, hangat bercinta dengan pelakon muda rupa-rupanya adalah kenyataan apabila produser itu menerima kejutan dilamar Wan Ariff Aziz, 29, pada malam Khamis.





Kejutan itu dilakukan oleh Wan Ariff, 29, di sebuah restoran Arab di Kampung Baru dengan menyarungkan cincin lamaran (Solitaire bertatahkan berlian) sambil diiringi petikan gitar oleh sahabat mereka.

"Saya dijemput Ariff untuk keluar makan. Tak sangka pula tiba-tiba muncul kawannya sambil menyanyi dan petik gitar dan adik dia rakam gambar Ariff melamar saya.

"Jujurnya saya amat terharu kerana tidak pernah melalui pengalaman macam ni. Saya tidak menjangka dia nak buat kejutan di tempat awam.

"Terharu dibuatnya dan hampir menitiskan air mata. Apatah lagi ramai pula yang tengok. Apa pun, saya menganggap ini kenangan paling indah dalam hidup," tuturnya.

Menurut A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, sebelum diminta hadir untuk makan malam bersama itu, Ariff memintanya memakai tudung dengan alasan dia mahu melihat wajah Aida menutup aurat.

Klik untuk gambar besar


Kata Aida, dia memenuhi permintaan Ariff itu dan tidak menyangka ada sesuatu kejutan yang dilakukannya.

Ujar Aida, dia tersipu-sipu malu ketika dilamar kerana kejadian tersebut turut disaksikan oleh pelanggan restoran berkenaan.

Ditanya apakah perancangan selepas lamaran itu A. Aida, 47, berkata, buat masa ini Ariff sedang melakukan urusan pernikahan dan mereka dijangka akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

"Sebelum lamaran itu rupa-rupanya Ariff sudah uruskan segala dokumen berkaitan urusan nikah dan Insya-Allah… majlis nikah akan diadakan secepat mungkin jika segalanya berjalan dengan baik.

"Majlis resepsi pula berkemungkinan akan diadakan di rumah percutian saya di Janda Baik, Pahang pada pada 20 April tahun depan sempena tarikh hari lahir saya," katanya.



Mengenai hubungannya dengan pelakon 'Misteri Wan Peah' itu A. Aida berkata, mereka sudah saling mengenali tiga tahun lalu namun mula rapat sejak Mei lepas apabila Ariff terlibat dalam filem terbaharu terbitan A. Aida Productions iaitu 'Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda'.

Kata A. Aida lagi, dia berhasrat memakai tudung selepas perkahwinan mereka nanti sebagai memenuhi permintaan bakal suaminya itu.

"Walaupun dia masih muda, tapi dia matang. Saya menyukai keperibadian dimiliki. Apa yang penting juga, dia bujang dan bukan hak orang.

"Ariff akan menguruskan majlis nikah kami. Jadi, doakan yang baik-baik dan segala urusan dipermudahkan," ujar A. Aida.

A. Aida pernah melalui tiga kali perkahwinan sebelum ini termasuklah dengan Ameng (Spring) dan dikurniakan tiga orang anak.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: