16 July 2018

HUBUNGAN KE JINJANG PELAMIN - FASHA MAHU AIDIL JAWAB


"Persoalan mengenai hubungan kami, rasanya lebih manis jika Aidil yang ulas. Selagi tiada kepastian, lebih baik saya mengunci mulut. Ada baiknya juga jika persoalan itu ditanyakan terus kepada Aidil.





"Andai ditanya mengenai bahagia, memang saya sedang gembira. Sejak dulu lagi, saya memang bahagia. Hanya itu yang mampu saya katakan.

"Maaf sangat, saya tidak mampu ulas lebih mengenai hubungan kami," ujar pelakon Fasha Sandha yang enggan memberikan sebarang kepastian, sebaliknya menyerahkan kepada Aidil Aziz untuk menjawab pertanyaan mengenai perancangan membawa hubungan mereka ke fasa lebih serius.

Fasha, 34, berkata, sebagai wanita, tidak manis untuk dia mengulas lanjut mengenai perancangan hubungan mereka, namun mengakui, sedang melalui fasa bahagia dalam hidup.

Bercerita lanjut mengenai ciri lelaki yang mencuri hatinya, pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama 'Natasha' itu berkata, paling penting jejaka itu boleh menerima kehadiran dua anaknya yang semakin membesar.

Klik untuk gambar besar


Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, dia selesa berkawan dengan Aidil kerana kesederhanaan ada padanya.

"Kami memang berkawan rapat. Saya memang selesa dengan cara hidup yang sederhana sejak dulu. Malah, saya boleh pergi ke pusat beli belah tanpa ditemani sesiapa pun.

"Sebab itu saya selesa berkawan dengan Aidil kerana boleh menjadi diri sendiri tanpa terikat dengan sebarang peraturan.

"Aidil juga seorang yang baik dan menghormati orang lain. Ahli keluarga tahu kami memang berkawan rapat sekarang," tuturnya.



Ditanya mengenai pelbagai reaksi yang diterima selepas hubungannya dan Aidil mendapat perhatian ramai, Fasha berkata, lebih baik dia memberikan perhatian kepada mereka yang memandang positif terhadap perkara itu.

Katanya, dia enggan mengambil pusing cakap mereka yang suka memandang sesuatu dari sudut negatif kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada dirinya.

"Adat apabila kita rapat dengan seseorang, pasti ada yang suka dan sebaliknya. Lebih baik saya ambil kisah mereka yang menyenangi hubungan kami.

"Diikutkan, ramai yang suka, malah memberikan reaksi senang apabila saya memuatnaik gambar kami bersama dua anak saya di Instagram, tidak lama dulu," katanya.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: