23 July 2018

ISU SAKINAH & MEMEY - MIA HAIDY MINTA MAAF, TIADA NIAT JAHAT


Pelakon Sharifah Sakinah pada Jumaat lalu ada memuatnaik paparan skrin mesej peribadi yang diterima daripada sebuah akaun yang menuduh suaminya mempunyai hubungan dengan seorang wanita selain turut memberi amaran kepada orang luar agar tidak mencampuri urusan rumah tangganya.





Pada Sabtu, seorang wanita dikenali sebagai Memey membuat penjelasan bahawa kekasihnya bukanlah suami kepada aktres berkenaan. Dia juga kesal apabila hal peribadi yang dirahsiakan daripada umum menjadi bahan fitnah.

Bagaimanapun, individu yang mahu dikenali sebagai Mia Haidy yang menghantar maklumat tentang perkara tersebut tampil membuat permohonan maaf terhadap salah faham sehingga tercetus kontroversi menuduh suami Sakinah berlaku curang.

Mia memberitahu dia tidak mempunyai sebarang niat jahat terhadap rumah tangga aktres berkenaan.

"Saya minta maaf Sharifah Sakinah dan Memey, ini semua salah faham, jujur saya tiada niat jahat kerana kalau saya berniat jahat dari awal saya dah bertanya di publik dan terus menuduh.

Klik untuk gambar besar


"Saya tanya elok-elok secara privasi, mungkin dia rasa saya busybody, ia memberi pengajaran kepada saya juga," tuturnya.

Sementara itu, Mia berkata, dia tidak menuduh sebaliknya hanya memberi maklumat dan berharap pelakon itu menyiasat sendiri perkara berkenaan.

"Saya mengikuti IG pramugari itu dan selalu nampak dia post gambar teman lelakinya secara tidak jelas. Saya minta maaf sekali lagi kepada kedua-dua mereka yang terkesan dengan perkara tersebut," ujarnya.

Sakinah dan suaminya, Aliff Adha, 29, yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada Mac 2015. Pasangan ini menimang cahaya mata yang kini berusia setahun.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: