13 July 2018

TAHNIAH - MEMEY SUHAIZA SELAMAT BERSALIN BABY GIRL


"Marhaban Ya Baby Girl. Izinkan papa mencium bau-bauan syurga," demikian kata pelakon Norman Hakim apabila isterinya, Memey Suhaiza selamat melahirkan anak perempuan mereka.





Difahamkan, pasangan ini selamat menimang anak mereka yang ketiga itu sekitar jam 12.55 tengah hari semalam.

Norman yang gembira tidak terhingga di atas kurniaah terindah tersebut berkongsi berita ini bersama peminat menerusi laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


Ternyata perkara tersebut turut menggembirakan peminat mereka ini dan ruangan komen Norman dihujani dengan ucapan tahniah dan juga kesyukuran di atas kelahiran ahli keluarga baru pasangan ini.

Tahniah diucapkan kepada Norman Hakim dan juga isterinya sebelum ini dikurniakan dua orang anak lelaki.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan pastinya kelahiran cahaya mata baru ini akan menambah lagi seri serta memeriahkan lagi keluarga pasangan ini.


















www.myartis.com / Sumber: Norman Hakim IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: