13 July 2018

BEKAS SUAMI - ZIANA ZAIN MAAFKAN, TAK BERDENDAM


Akhirnya setelah berlarutan kira-kira tiga bulan, penyanyi dan pelakon Ziana Zain, 50, meluahkan rasa lega apabila kes tuntutan cerai berakhir dengan baik.





Penyanyi lagu 'Madah Berhelah' itu yang sah bercerai talak satu pada jam 2.48 petang semalam itu memberitahu, beliau tiada dendam yang terbuku dalam hatinya.

Malah, beliau sudah lama memaafkan bekas suami, Armin Zahrin Ahmad Zambri, 53, atas apa yang berlaku sepanjang perkahwinan mereka.

"Saya tidak pandai simpan dendam... Saya bukan orang jenis begitu. Saya bersyukur semuanya selesai dengan tenang dan aman hari ini," katanya ketika ditemui media di Mahkamah Rendah Syariah.

Klik untuk gambar besar


Dalam linangan air mata, penyanyi 'Kemelut Di Muara Kasih' itu berharap segala urusan seterusnya dipermudahkan bagi pihak dirinya dan Armin.

"Syukur kepada Allah berkat kesabaran saya semuanya selesai dengan baik dan tenang. Sukar untuk saya tafsirkan air mata ini... Apa-apa pun, sama-sama doakan yang terbaik untuk hari mendatang," tuturnya.

Sementara itu, adik Ziana, Anuar turut bersyukur kes perceraian kakaknya berakhir dalam suasana baik dan harmoni.



"Bagi pihak keluarga, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berdoa," ujarnya yang juga merupakan seorang penyanyi.

Untuk makluman, Ziana dan Azmin yang mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Pada 3 April lalu, Ziana memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam di sini, selepas Armin dikatakan enggan melepaskannya secara baik.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: