12 July 2018

ISU ANAK SAKIT - IBU BALQIS BERANG DENGAN MESEJ RAKAN


Semua sedia maklum mengenai penyakit kanser yang dihidapi pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi yang kini sedang menerima rawatan.





Selepas ibu Balqis atau lebih mesra dipanggil Aqish itu berkongsi mengenai anaknya itu, berita tersebut menjadi perhatian umum.

Ibunya, Norashikin Mohd Aziz berang apabila menerima mesej peribadi daripada rakannya yang menganggap kisah anaknya sakit itu berita sensasi.

Menurut Norashikin, keadaan anaknya itu bukan sesuatu berita yang perlu dihangatkan atau disensasikan. Ibu kepada Balqis menegaskan berita mengenai anaknya sakit bukan untuk disensasikan.

Klik untuk gambar besar


"Bila orang DM/whatsapp kau: 'babe, aku ada dengar berita sensasi ni, cerita panas anak kau sakit?' Jawapan gua (saya): Anak sakit bukan berita hangat/cerita sensasi, syaitan. Gua (saya) bukan makcik bawang," tulisnya.

Rata-rata pengikut di laman sosial meminta agar dia bersabar dan mendoakan pelakon berusia 11 tahun itu pulih dengan cepat.

Sebelum ini, sekeping gambar yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram milik Balqis bersama #fightcancer mengejutkan ramai pihak.



Menerusi laporan sebuah portal online, Norashikin telah mengesahkan anak perempuannya itu menghidap kanser.

Terdahulu, Balqis mengalami demam berpanjangan pada Mei di samping kerap muntah dan disahkan mempunyai masalah jantung.

Manakala, ruang komen akaun Instagram Balqis yang menggunakan nama @rockingbalqis telah ditutup.










www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: