07 July 2018

TINDAKAN ELLIE SURIATY - JOHAN AS'ARI KAGUM, SETUJU


Menerusi laman Instagram, pelakon Johan As'ari telah tampil menyuarakan pendangannya mengenai tindakan pelakon senior Ellie Suriaty yang dilihat sangat berani untuk memperjuangkan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam mahkamah.





Pada Rabu lalu, Ellie menjadi perhatian umum apabila dia dilihat menimbulkan kekecohan ketika berada di perkarangan mahkamah.

Ellie hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada Najib yang didakwa atas empat pertuduhan masing-masing pecah amanah dan salah guna kuasa.

Dalam kenyataan itu, Johan meluahkan rasa kagum dengan semangat yang ada dalam diri Ellie.

Dalam masa sama, Johan bersetuju dengan tindakan Ellie yang mempertahankan Najib dan meminta Peguam Negara iaitu Tommy Thomas bercakap dalam bahasa Melayu.

Klik untuk gambar besar


Kata Johan, Peguam Negara perlu menggunakan bahasa kebangsaan seperti mana beberapa negara lain lakukan.

"Bila di mahkamah peguam di Arab cakap Arab, peguam di China cakap Cina, peguam di Jepun cakap Jepun, peguam di Malaysia cakaplah bahasa Malaysia (Melayu).

"Kalau tanah Melayu ni hilang, kami tak dak tanah dah. Saya kagum dengan semangat Ellie Suriaty" tulisnya.

Menerusi laman Facebook peribadi miliknya, Ellie ada memuatnaik rakaman video kata-kata semangat kepada bekas presiden Umno tersebut.



Pelakon berusia 48 tahun merupakan antara selebriti yang menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib.

Sementara itu, foto dan status Johan turut mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif netizen dengan pandangannya itu.

Johan merupakan anak ahli politik yang bergiat aktif dalam Umno iaitu Datuk As'ari Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Sebelum ini, Johan pernah mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik status meminta pihak polis memeriksa kediaman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M).

Bagaimanapun, filem 'Juvana' itu membuat permohonan maaf selepas dikecam teruk oleh netizen. Dalam pada itu, Johan turut menegaskan laman Twitter adalah ruang peribadinya untuk meluahkan pendapat.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: