07 July 2018

HAQIEM DISAHKAN DOKTOR ALAMI KEMURUNGAN SEDERHANA


"Doktor mengesahkan saya mengalami kemurungan sederhana, iaitu lebih tinggi daripada kemurungan ringan yang saya nyatakan semalam.





"Kemurungan mempunyai empat peringkat dan apa yang saya alami adalah peringkat ketiga. Ia lebih teruk daripada apa yang saya sangkakan. Berikutan itu, saya perlu mengambil ubat.

"Doktor turut memberitahu, sekiranya tidak dirawat, kemurungan ini boleh memberikan kesan terhadap kehidupan saya," kata penyanyi Haqiem Rusli, 20, yang selesai berjumpa dengan pakar psikiatri petang semalam.

Jelas Haqiem, hasil pemeriksaan kesihatan bersama doktor pakar psikiatri, Song Sheng Yong, di ibu kota, selama sejam itu sekaligus membuktikan beliau tidak mereka cerita mengenai depresinya.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Haqiem berasa lega mendapat pengesahan doktor pakar mengenai penyakitnya semalam biarpun tidak mengubah persepsi sesetengah orang terhadapnya kini yang menganggap ianya hanyalah gimik.

Bagaimanapun Haqiem enggan mengulas lanjut mengenai pemeriksaan yang dilakukan kerana masih belum selesai sepenuhnya.

Menurut Haqiem, beliau bakal bertemu doktor yang sama sekali lagi pada minggu depan.



Sementara itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Tergantung Sepi' ini mengaku lega selepas mendapat pengesahan daripada doktor pakar.

"Saya memang tidak boleh menghalang orang ramai daripada menuduh saya menipu, tetapi jujurnya saya mengalami kemurungan sejak awal tahun ini. Namun, saya berdegil untuk tidak mendapatkan rawatan.

"Alhamdulillah, saya lega selepas mendapatkan pemeriksaan doktor. Pusat rawatan saya kunjungi juga bukan sebarangan," kata penyanyi yang memilih Pusat Psikologi Antarabangsa di Taman Desa, untuk tujuan pemeriksaan.

Semalam, penyanyi yang baru saja muncul dengan single 'Selamat Tinggal Sayang' itu mengadakan sidang media bagi menjelaskan kontroversi berhubung dakwaan dibuatnya baru-baru ini, kononnya dia mengalami kemurungan sehingga mahu meninggalkan dunia seni.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: