07 July 2018

ISTERI SAH HAMIL - RODY KRISTAL BAKAL JADI DADDY


Tahniah kami ucapkan kepada gitaris kumpulan Kristal, Rody yang bakal menerima 'orang baru' dalam keluarganya apabila isterinya disahkan hamil.





Perkara gembira itu dikongsi oleh Rody menerusi sebuah video di laman Instagramnya.

"Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah.. syukur pada Allah.. aku bakal menjadi daddy tidak lama lagi..

"Tidak pernah terfikir semua ini akan terjadi dlm hidupku.. di usia 32 tahun aku telah dikurniakan isteri dan seorang anak..

Klik untuk gambar besar


"Doakan kandungan isteriku dan anakku sihat.. moga isteriku @niena_azmann kuat menjalani proses sebagai mummy..!

"Baby jangan nakal2 ya.. rehat elok2 kat dalam dulu k.. Insyaallah nanti kluar kita g jalan2.. ?? Syukur Alhamdulillah.. #mamabolobolo #papabolobolo," kata Rody di IGnya.

Rody, 32, dan pasangannya, Nur Izwani Azman, 31, berkahwin pada hujung April lalu di Johor dengan mas kahwin sebanyak RM111 manakala wang hantaran sebanyak RM11,11.11.










www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: