27 August 2018

BERSYUKUR IBU BAPA SELAMAT - AG COCO ALU-ALUKAN BANTUAN


"Ibu menelefon saya dalam keadaan cemas dan memaklumkan, ketika bomba sampai, hampir separuh rumah pusaka berusia 85 tahun itu musnah dijilat api. Namun, saya bersyukur ibu dan bapa tidak mengalami apa-apa kecederaan.





"Jumlah kerugian dan punca kebakaran belum dapat dipastikan, namun boleh dikatakan tiada apa yang terselamat. Dua motosikal dan kereta yang diletakkan di bawah rumah turut terbakar dalam kejadian itu.

"Lebih menyedihkan, segala gambar kenangan dan dokumen penting juga tidak dapat diselamatkan. Bapa saya yang juga seorang pensyarah, gemar mengambil gambar, namun semua kenangan itu hilang begitu sahaja.

"Difahamkan, kertas jawapan peperiksaan pelajar bapa turut terbakar," kata gitaris kumpulan Hujan, AG Coco yang bersyukur ibu dan bapanya tidak mengalami sebarang kecederaan, meskipun kediaman keluarganya di Alor Setar, Kedah musnah dijilat api dalam kebakaran, tengah malam Jumaat lalu.

Klik untuk gambar besar


AG Coco atau nama sebenarnya, Mohd Hezry Mohd Hafidz, 34, berkata ketika kejadian sekitar jam 12 tengah malam itu, kedua-dua orang tuanya sedang bersiap-siap untuk masuk tidur apabila menyedari api mulai marak.

AG berkata, pada malam kejadian, ibu dan bapanya memilih untuk tidur di bilik hujung dalam kediaman yang yang mempunyai tujuh kamar itu.

"Ibu dan bapa biasanya akan bergilir-gilir tidur di bilik berlainan mengikut keselesaan mereka. Selepas kejadian, ibu tinggal bersama adiknya, manakala bapa masih menetap di kawasan berdekatan untuk memudahkannya menjalani rutin harian.

"Kami mengalu-alukan bantuan daripada orang ramai yang ingin meringankan beban kami sekeluarga dan mempercepatkan lagi proses pembinaan semula rumah,” kata AG.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: