Semua mengetahui mengenai desas-desus hubungan pelawak dan pelakon, Zizan Razak bersama aktres Mira Filzah yang semakin hangat diperkatakan.

Terbaru, Zizan dilihat seakan-akan 'cemburu' selepas ada individu cuba untuk 'memikat' Mira di laman Twitter.
Kisah bermula semasa Mira bertanyakan kepada pengikutnya di Twitter tentang kawasan rehat dan rawat (R&R) yang menarik patut disinggah sepanjang perjalanannya ke Alor Setar.
Kemuadian, seorang pengikutnya di Twitter mencadangkan Mira untuk tidak perlu pergi ke mana-mana kawasan R&R sebaliknya, singgahlah di rumah ibunya untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.
Klik untuk gambar besar

Sejurus melihat Tweet tersebut, ini respon Zizan kepada individu berkenaan: "Nanti share location rumah PU tu saya saya nak kenal.
Rata-rata pengguna Twitter amat terhibur melihat situasi tersebut dan menganggap Zizan seperti 'kuat cemburu'.
Apapun, jika benar bercinta, kami harap Zizan cepat-cepat menghantar rombongan meminag supaya Mira tidak lagi 'dipikat' lagi dengan orang lain. Heh!


www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan
________________________

No comments:
Post a Comment