26 August 2018

GAJI TAK DIBAYAR - NADIA AF6 BAKAL AMBIL TINDAKAN


"Agensi itu adalah agensi baru yang ditubuhkan untuk membekalkan penyanyi serta pemuzik untuk persembahan di hotel dan lounge. Saya dan adik saya (Diana) mula bekerja untuk agensi itu sejak akhir Jun lalu.





"Tugasan saya adalah untuk membuat profil syarikat serta membina laman web, manakala adik pula diminta menguruskan artis dan pemuzik.

"Namun, sehingga kini, gaji kami belum dibayar," kata penyanyi dan penyampai radio Nadia Hasnan, 28, menerusi akaun Instagramnya yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemilik agensi hiburan apabila mendakwa bayaran gaji dia dan adiknya, Diana disekat sejak Julai lalu.

Nadia ketika dihubungi memberitahu tindakannya menularkan nama pemilik agensi itu kerana tidak mahu insiden sama menimpa rakan-rakannya yang lain.

Menurutnya, hampir setiap hari dia menghubungi pemilik agensi itu, namun dia sering berdolak dalik.

Klik untuk gambar besar


"Setiap kali dihubungi untuk bertanya mengenai gaji, dia akan berdolak-dalih dan menyuruh saya bertanya kepada bahagian kewangan dan sebagainya.

"Bila saya hubungi bahagian kewangan, perkara sama juga berlaku. Pemilik itu juga beberapa kali seperti mengelak bila dihubungi tak kiralah panggilan telefon mahupun mesej.

"Gaji kami pun bukan banyak mana. RM2,000 saja untuk setiap seorang. Takkan itu pun dia nak simpan?," ujarnya.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) itu juga dinasihatkan beberapa kenalan dan ahli keluarganya untuk membuat laporan polis.



"Kenalan dan keluarga meminta saya membuat laporan polis. Saya cakap, tunggu dulu respons daripada pihak agensi itu.

"Satu benda yang saya belajar, kalau kerja apa sekali pun, biarlah ada dokumen hitam putih. Waktu baru mula bekerja, saya dan adik ada bertanya mengenai kontrak atau dokumen yang kami perlu tanda tangani.

"Namun, pemilik itu asyik bertangguh dan sehingga kini, tidak ada sebarang dokumen untuk kami. Jadi, kerana itu jugalah saya tidak boleh berbuat apa-apa," tuturnya.

Nadia memberi masa sehingga Isnin ini, dan dia akan mengambil tindakan selanjutnya sekiranya masih tidak mendapat jawapan yang munasabah.






www.myartis.com / Sumber: Instagram Nadia Hasnan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: