26 August 2018

MAKAN CEMPEDAK - UMIE AIDA SUKAR BERNAFAS


Selepas mengalami kesukaran untuk bernafas gara-gara makan buah cempedak, pelakon Datin Seri Umie Aida telah didukung oleh suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk dibawa ke hospital.





Umie, 45, berkata dia bernasib baik ketika itu suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pulang ke rumah untuk makan tengah hari.

"Tak sampai seulas me (saya) makan cempedak. Boleh kena serang angin sampai ke ulu hati. SubhanaAllah... Sakitnya sampai tak boleh bernafas.

"Kebetulan suami balik nak makan tengah hari, terus hantar me pergi hospital," tulis Umie menerusi laman Instagram miliknya.

Umie yang memuatnaik video dia didukung oleh suaminya turun dari tangga itu mendapat lebih 175,000 tontonan.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, kesakitan yang dialami Umie hilang sebaik sahaja doktor periksa dan jururawat mahu memberikan suntikan.

Menurut pelakon filem 'Dukun' itu, dia pernah mengalami kejadian yang sama ketika berada di Penang pada 2002.

"Yang peliknya sampai hospital, doktor periksa dan jururawat baru nak bagi suntikan, sakit me terus hilang. Me cakap tak perlu suntikan doktor.

"Saya dah sihat. Sakit ni pernah terjadi kat Penang pada tahun 2002. Sakit beria-ria. Sampai hospital terus baik. Angin kus kus kot," katanya.



Dalam pada itu, Umie memberitahu keadaannya sudah pulih dan sudah pulang ke rumah sejurus selesai bertemu doktor pada Jumaat.

Kata adik kepada pengarah Erma Fatimah ini, dia mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan kesihatannya dan berjanji tidak akan makan buah itu lagi.

"Apa-apa pun, alhamdulillah... Dah sihat... Dah balik rumah. Sumpah tak nak makan cempedak lagi! Bye cempedak bye!!! Terima kasih mendoakan kesihatan saya," katanya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut berkongsi pengalaman yang sama seperti dilaluinya itu.






www.myartis.com / Sumber: Instagram Umie Aida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: