26 August 2018

KERANA AMMAR - FOTO AAISYAH PULA JADI 'MANGSA'


Semua mengetahui mengenai foto dan video bogel seorang lelaki yang didakwa mirip anak lelaki pelakon Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy yang tesebar dan mengundang kekecohan dalam kalangan netizen sejak Jumaat lalu.





Laman sosial Instagram Ammar yang baharu berusia 22 tahun itu menjadi sasaran netizen yang menginginkan kepastian mengenai kontroversi itu.

Bagaimanapun, foto adiknya Aaisyah Dhia Rana yang dimuatnaik pada Khamis lalu 'diserang' dan dipenuhi dengan komen-komen negatif dan berbaur lucah.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen berpendapat tidak wajar untuk meninggalkan komen seperti itu di foto adik perempuannya.

Klik untuk gambar besar


Kerancakan komen itu bermula disebabkan penyebaran video dan dua keping foto mirip remaja itu yang memperlihatkan dia menutupi bahagian kemaluannya.

Menerusi laporan sebelum ini, Che Ta tidak melatah dengan kontroversi terbaharu itu kerana sedar dengan teknologi hari ini pelbagai perkara boleh dilakukan untuk menjatuhkan maruah seseorang.

Malah, aktres itu juga telah sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penyebaran gambar tersebut.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: