26 August 2018

TANAH LOT, BARANG KEMAS AISHAH - ASTRO JELASKAN


Pada Sabtu lalu, penyanyi Aishah menerusi laman Instagram telah mendedahkan yang dirinya masih belum mendapat hadiah sebidang tanah lot banglo selepas hampir setahun menjuarai program Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4).





Berhubung perkara itu, jurucakap Astro telah tampil menjelaskan bahawa pihak penaja Bina Megah Empire ada meminta sedikit masa untuk menyelesaikan isu tersebut selain mungkin wujud salah faham di antara pihak tersebut dan pemenang.

"Kami difahamkan pihak penaja (Bina Megah Empire) telah meminta sedikit masa untuk menyelesaikan beberapa perkara berbangkit berhubung hadiah penajaan yang berupa tanah lot banglo.

"Besar kemungkinan terdapat sedikit salah faham di antara pihak penaja dan pemenang dari segi tempoh masa untuk melunaskan bahagian mereka dalam perjanjian penajaan tersebut," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Selain tanah lot, Aishah, 53, turut mendakwa barangan kemas tajaan usahawan Datuk Seri Vida yang bernilai RM80,000 adalah palsu.

Bagaimanapun hadiah lain seperti wang tunai berjumlah RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur dan baucer beli-belah sudah diterimanya.

Sementara itu, mengulas mengenai hadiah barangan kemas itu, Astro bagaimanapun meminta perkara itu diajukan sendiri kepada pihak penaja.

"Adalah lebih baik jika soalan itu ditujukan kepada pihak penaja dan kami enggan mengulas lanjut," katanya lagi.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: