"Yes. Correct, i cium tapak kaki mama i. Tak kira la busuk ke wangi. Syurga di bawah tapak kaki ibu. ❤️ #Blessed," tulis anak kepada pelakon dan pengarah, Sheila Rusly iaitu Luth Mikhail yang memuatnaik sekeping gambarnya mencium tapak kaki ibunya itu.

Gambar tersebut yang dimuatnaik menerusi laman Instagram itu telah mendapat pujian netizen yang beranggapan Mikhail seorang anak yang soleh dan menyayangi ibunya.
Namun begitu, ada juga segelintir netizen yang menegur bahawa aurat kaki Sheila telah terdedah, sedangkan dia merupakan wanita muslimah.
Apapun, masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk menyayangi ibu mereka. Oleh itu, selagi insan istimewa yang bergelar ibu hidup, sayangilah mereka dengan penuh kasih sayang.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber: Instagram Luth Mikhail
________________________

No comments:
Post a Comment