14 August 2018

DIDAKWA TIRU DRIES - FAZURA DIKECAM 'LANGKAH ORANG'


Siapa yang menyaksikan Kuala Lumpur Fashion Week 2018 (KLFW2018), pasti sudah melihat pertunjukan fesyen oleh pelakon Nur Fazura.





Pertunjukan fesyen dari isteri kepada pelakon Fattah Amin antara yang paling menjadi perhatian apabila tampil dengan konsep lain dari yang lain serta menampilkan model berbadan gempal.

Rata-rata netizen memuji gimik persembahan Fazura yang dikatakan setanding pertunjukan fesyen antarabangsa sehinggakan penonton yang berada di situ semuanya berdiri dan teruja apabila melihat Fazura melangkah keluar.

Seperti sudah dijangka, pasti ada segelintir netizen melemparkan kata-kata negatif mengenai gimik tersebut dengan mengatakan Fazura bertindak kurang ajar kerana melangkah badan model yang sedang terbaring di atas pentas.

Klik untuk gambar besar


Ada dikalangan netizen mengkritik fesyen yang digayakan oleh Fazura yang dilihat seperti ahli gusti. Tidak kurang juga ada yang mengatakan disebabkan tindakan Fazura itu, nama suaminya turut terkena tempias.

Dalam pada itu, sebuah akaun Instagram dengan nama 'Diet Prada' mendedahkan Fazura sebenarnya meniru konsep pereka fesyen antarabangsa, Dries Van Noten.

Dries mula memperkenalkan konsep itu untuk pertunjukan fesyen Summer Spring 2015. Kesemua model akan muncul di pentas dan terduduk ataupun terbaring sebelum pereka fesyen muncul dari belakang pentas.

Fikir positif, mungkin Fazura tidak berniat untuk meniru cuma mengambil inspirasi daripada konsep pereka fesyen antarabangsa itu.




www.myartis.com / Sumber: Ohmymedia, Fauzi Aminudin & Diet Prada


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: